
Pendaftaran: https://bit.ly/IABSN33
Penganjuran SN33 mencerminkan identiti IAB sebagai peneraju latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan di Malaysia yang mendukung hasrat KPM melalui Teras Strategik 3 dan 4 Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 bagi memperkasakan kepemimpinan pendidikan. Program ini turut menyemai nilai Malaysia MADANI dalam kalangan pemimpin sekolah. Agenda reformasi yang ditekankan merangkumi pemerkasaan kurikulum, pendigitalan pendidikan, dan pengukuhan profesionalisme guru.
1. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan dengan situasi semasa, isu dan dasar pendidikan dalam kalangan pemimpin pendidikan terutamanya dalam sesi pembentangan selari;
2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai MADANI dalam kalangan pemimpin pendidikan terutamanya dalam pembentangan ucaptama; dan
3. Menyediakan wahana perkongsian amalan terbaik dalam kalangan pemimpin pendidikan semasa perkongsian dalam kelas pakar.