loader image
Skip to main content

“Pembinaan Model Pemikiran Transformasi Pemimpin Sekolah”


YBrs. Dr. Mohd Yusri bin Ibrahim


Abstrak:  

Bagi mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050, sistem pendidikan negara mesti bergerak selari dengan agenda nasional tersebut. Hasrat untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi bagi mengisi pelan transformasi tersebut boleh dicapai dengan mewujudkan sekolah berkesan, yang ditadbir oleh pemimpin sekolah berprestasi tinggi seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Walaupun pemimpin sekolah sering didesak untuk membudaya pemikiran transformasi untuk menghasilkan impak pendidikan yang besar, namun belum ada model khusus yang boleh dijadikan panduan dan instrumen penilaian terhadap amalan tersebut. Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan model pengukuran pemikiran transformasi pemimpin sekolah dengan mencadangkan empat dimensi utama iaitu pemikiran strategik, pemikiran sistematik, pemikiran dinamik dan pemikiran futuristik yang diwakili oleh 42 indikator. Kajian asas secara rentasan menggunakan soal selidik ini dijalankan seluruh Malaysia melibatkan 101 pengetua dan guru besar yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian AMOS dengan memberi perhatian terhadap elemen muatan piawai, kesahan menumpu, kesahan diskriminasi, kebolehpercayaan komposit dan indeks kesepadanan. Dapatan kajian menunjukkan empat dimensi dan 40 indikator yang dicadangkan adalah sepadan untuk mengukur pemboleh ubah pemikiran tranformasi pemimpin sekolah. Model yang berjaya dibangunkan ini diharap dapat dijadikan panduan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan ke arah melahirkan lebih ramai pemimpin sekolah yang berketerampilan tinggi, khususnya untuk memenuhi agenda transformasi pendidikan negara.



Muat turun Kertas Seminar 4


Sila gunakan ruangan berikut untuk perbincangan dan soalan sekiranya ada.  Sila klik butang "Add a new discussion topic" untuk memulakan perbincangan.


Separate groups: All participants
There are no discussion topics yet in this forum