Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-17, 2024.
Bertemakan "Kepimpinan Instruksional Peneraju Pembelajaran Digital" akan berlangsung dari 3 hingga 5 September 2024 bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Perasmian oleh YBhg. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dibawakan khas panel dari Indonesia dan Singapura bagi Diskusi Antarabangsa. Seramai 10 orang pembentang yang akan bersama-sama berkongsi ilmu dan amalan-amalan terbaik yang boleh memberi peningkatan dalam kemahiran mengurus organisasi dan seterusnya dapat meningkatkan kompetensi PGB dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan di sekolah.